Sunday, July 3, 2011

Buat Mu Insan Yang Digelar Sahabat ..

 Assalamualaikum .. 

Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta segala puji dan kesyukuran di rafa'kan buat Sang pencipta yang sentiasa memberi nikmat kepada hambaNya yang hina di dua derah Nya . sentiasa dan selama-lamanya mulia di atas sana .. 

Entry ini di tuju kan khas buat sahabat ku ..
Sahabat, aku tahu isi hati mu yang sebenarnya kepada si dia walaupun kau tak pernah menzahirkannya dekat aku.. aku faham, ini lah kehidupan.. sentiasa diuji. perasaan suka, cinta dan sayang, yang pada asalnya diciptakan Ilahi untuk diabdikan hanya padaNya telah terpesong kepada insan yang juga sentiasa menadah nikmat daripada Ilahi sama seperti kita.
tidak terlintas di fikiran untuk menyalahkan kau .. kerana inilah lumrah kehidupan.
cuma terkadang lumrah yang sepatutnye hanya menjadi lumrah telah di hasut oleh musuh manusia iaitu syaitan yang licik menghasut manusia dengan hasutan yang paling halus sehingga menyebabkan berlakunya zina hati, mata dan sebagainya..

Aku bersyukur sahabat kerana mempunyai sahabat sepertimu yang mampu mengawal perasaan itu. aku berdoa setiap malam agar perasaan itu tidak menjadi penghalang persahabatan kita. jika dia yang terbaik untuk kau, maka doa ku panjat kan agar dia lah LELAKI itu. tiada niat di hati untuk mengambil dari kau.. itu lah ungkapan ringkas terikhlas yang mampu ku ungkapkan mewakili erti sebenar hati ini yang sebenarnya melebihi berjuta makna..