aku rindu korang lah.. (bangga takk) :P
sebelum apa-apa..
segala pujian dirafa'kan kepada NYA yang maha mulia diatas sana dan Alhamdulillah buat selama-lamanya kita meninggikan kesyukuran ke atas Sang Pencipta kerana masih membenarkan hamba-hambaNya kembali menghirup nikmat udara secara percuma..
sudah lama rasanya jejari runcing (nak jugakkk!) ini tidak menekan papan kekunci ini. buat pertama kalinya pada tahun 2011 yang semakin hampir dengan ambang 2020 ini saya terasa ingin mencuci sawang2 dan kotoran di laman ini dengan isian yang lebih bermanfaat dan insyaALLAH berguna kepada sahabat sekalian.
saya, bukan lah orang yang hebat seperti imam 'ulama mahupun seperti ustazah norbahyah (aku tak reti eja, halal lah ye) hatta dato' ustazah masyitah pon bukan! saya hanyalah insan biasa yang meminjam akal dan nyawa daripada sang pencipta di atas sana.. dan dari itu, izinkan hamba ALLAH yang lemah serta hina bina ini untuk meluah kan isi hati nya yang sudah lama terpendam..
HAYATILAHH....
ISLAM BUKAN STATIS
"Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya"
Hadis 1:40 Imam An-Nawawi..
"Eh kamu, makin alim nampak,
pakai pakaian menutup aurat dah sekarang,
cakap benda-benda agama,
dulu kamu tak macam ni."
Ya, aku berubah kini
kerana kita manusia,
bernafas dan bergerak,
bukan makhluk statis.
Aku bosan bertakung
sedang dunia lautan bergelora
birunya menyenagkan,
aku pernah terlelap. Kawanku,
mahu aku kejutkan kau?
Ya, aku berubah mulanya
kerana kasih terpaut hatiku,
pada dia Al-Fadhil itu,
aku ingin seiring
lalu kurodok perut ilmu
bukanlah aku hipokrit,
cuma inilah cara tersendiri
Tuhan sampaikan taufik-Nya.
Kawanku, mahu aku tunjukkan kau?
Ya, aku telah berubah
kerana kau pernah nampak
lorong yang terang-benderang,
hujungya sangat gemilang,
ada Allah dan RasulNya,
aku ingin menapak atasnya
biarpun berkaki ayam. Kawanku,
mahukah kau turut serta?
No comments:
Post a Comment