hew hew tajuk nak poyo je. almaklum sekarang ni bekerja sebagai ustazah,, eksaited lebih nak stori mori. hua hua.. hari fes aku keje adalah pada 5 jan. hari kames. mula2 tu biasa lah kenal2. budak2 ni semua nampak okay je. lawak.. pemalas. macam2 gaya ada. bila masuk hari kedua dah nampak dah perangai sebenar diorang. dengan ada yang nak tunjuk taiko walau badan sebesar kuman je. badan kecik ada hati nak belasah kawan. dalam hati aku mengata je budak ni poyo. hahaha jahat gila. entah2 macam tu lah apa yang cikgu2 aku rasa kat sekolah tgk anak2 murid dia yang nakal2..
okay itu minggu pertama. masuk minggu kedua aku pun start lah mengaja. ingat kan senang je. rupanya susahh... mengaja kanak2 darjah 5 ni bukan macam mengaja budak tingkatan 5. ada yang anak2 murid aku ni degil. suka melawan. kongaja. pemalas. yaALLAH.. sape yang jadi cikgu je tahu mcm mana cikgu2 ni berkorban utk anak2 murid dia bagi diorang semua paham. tapi yang adoo. semua macam2 hal. dengan mainnya lah. jalan sana jalan sini. kalau kita bagi kerje menulis. mula lah kata cikgu banyak kerja lah apa lah. padahal kita yang cikgu ni lagi la banyak keje. kena buat rancangan hari2 apa yang kita nak aja. dah la banyak.
bila dah jadi cikgu ni baru lah rasa apa yang cikgu2 kita tu rasa. pengorbanan diorang . kerja cikgu ni mulia. bila jadi cikgu ni. setiap perkataan yang kita nak keluakan kena fikir dulu. kena hati2 je. bila nak marah tak boleh cakap yang bukan2. sebab setiap apa yang kita cakap tu doa. susah wehh.. kenakalan budak2 zaman sekarang ni tak macam kita dulu. kekurang ajaran budak2 sekarang ni tak macam kita. diorang ni dasyat. tak tahu lah makanan apa yang diorang telan sampai macam tu sekali perangai nya. ada tu bila aku marah dia kata sikit2 membebel. ada ke macam tu. nak menangis aku sorang2 kat depan tu. hahahahhaha..
okay setakat ni dulu. dah panjang sangat ustazah membebel. hehe.. tunggu episod 2 ye anak2 :D
No comments:
Post a Comment