Sunday, October 23, 2011

kau sahabat aku dunia akhirat. aku janji!

aku tahu sikap aku sekarang ni banyak buat kau sakit hati, terasa and kecil hati. aku sedar semua tu. aku minta maaf. mungkin ayat aku tak sehebat ayat kau, sebab aku tak pandai berkata-kata. jauh dalam sudut hati aku ni betul2 menyesal atas semua tindakan aku. mungkin tak nampak macam aku beria ria kan? biarlah kau nak fikir apa pun. ALLAH je yang tahu isi hati aku..

aku jauh dari kau bukan sebab aku tak suka dengan kau. jauh sekali membenci kau. bukan niat di hati nak lukakan hati kau.. punca semua ni terjadi pun aku masih berfikir.. kot2 ada tindakan kau yang buat kan aku menjauhkan diri, tapi tak ku temui.. kenapa ye? setiap kali kita duduk bersama ada je yang tak kena. terasa macam kau dah tak boleh berbual dengan aku. macam kita dah tak boleh masuk. tak ada chemistry kata orang? ukhuwah takkan terbina kalau hanya satu hati je yang terbuka. hati kau ke hati aku? kalau iye hati aku. aku rasa aku ah cuba terima kau. aku sangat2 nak berkawan dengan kau.

aku sayang kau. kau sahabat alu dunia akhirat. kau yang buat aku sedar kelemahan diri. kau buat aku buka mata. kalau tak sebab kau,, mungkin aku terus bergelumang dengan dosa lalu. kau buat aku lebih matang. sejujurnya aku cakap. aku sayang kau. semoga kita dapat bersahabat macam dulu.. semua kesilapan yang pernah aku buat dekat kau dulu, seriously aku tak ada niat menjatuhkan kau. mungkin apa yang kau tafsir lain dari niat sebenar hati aku. tak pelah. aku reda.. mungkin juga salah aku.
semoga luahan hati aku ni dapat menambahkan kemanisan ukhuwah kita
assalamualaikum..

Sunday, October 9, 2011

TRAGEDI OKTOBER

DULU...

waktu aku comel2 dulu, waktu aku 6 tahun. aku adalah wafa' yang suka merayau sorang2. pastu balik time makan je. hehe. dalam kalangan adik beradik aku, aku paling hebat bab2 selok belok jalan waktu tu. dan aku sangat bangga. hehe.. 
TAPI, tu semua dulu. lepas satu tragedi yang menimpa diri aku ni, aku dah tak berani nak jejakkan kaki ke luar rumah kalau tanpa mak ayah aku.

UNTUK KAU LELAKI TAK BERAPA NAK BERGUNA 
kalau kau buat dekat budak2 lain macam apa yang kau pernah buat dekat aku dulu, aku doakan hidup kau tak tenang! kau lagi teruk darripada binatang! seluruh alam akan doakan kau, kau tahu?!

*aiyaaa, benci bila teringat*



Saturday, October 8, 2011

KAU OVER LA..

jangan over sgt kalau nak benci org tu..takut nanti tersuka pulak. tak gitu? benci siki-sikit udah le. haha nasihat tak membina langsung!
sekarang aku adalah dalam mood membenci seseorang ini dan menyukai seseorang ini. okay itu tipu. tak sebenarnya
sebenanrnya aku nak bagi nasihat kat korang. jangan benci seseorang tu sesangat sangat nya sebab nanti gerenti korang suka dia. x caya tanya aku. sebab aku pun pernah rasa benda tu. adalah dahulu kalanya aku pernah benci sorang budak ni sebab dia marah aku. dia tego kat ym dengan ID yang pelik2. and tanya kenal x dia. dan aku reply secara pendek dan malasnya, 'tak'. tiba2 dia marah aku. hahaha pelik.blogspot kan? 
and start drpd tu hari2 aku kutuk dia bila nampak dia kat sekolah. nak dijadikan ceritanya, sekolah aku ni dekat ngan shell. and biasa lepas balik sekolah mesti aku kena isi minyak. sampai pakcik bangla tu dah boleh kenal aku . sampai kadang2 dia tanya kenapa semalam x singgah .. sibuk je!
okay, sambung, satu hari ni aku pegi isi minyak. and otw nak g kaunter tu, SIKITTTT lagi aku nak terlanggar motor ni. nasib je motor tu stop cepat. and aku terus lah memandang ke arah motor tu. dalam hati aku, 'macam kenal je mamat ni'. pastu dia senyum and bagi aku jalan dulu. time dia senyum tu  baru aku ingat dia lah budak yang aku benci tu. time tu dah malu2 and cair kau tau! comel jugak dia senyum. hahaha *almaklum perempuannnn* hikhik!
dah cair sekali tu, terus sampai sekarang x hilang tau! ha tu la penangan senyuman orang yang aku benci. huehuehue! tapi sekarang saya dah x benci awak. hehe boleh tak awak senyum lagi sekali dekat saya. pleaseee.. hahahhaha mintak pelempang.
awakkkkk... langgar saya lagi sekali. ihik!

sekarang saya dah kenal awak.. hihi
 by : wanita solehah lindungan kaabah :)

Thursday, October 6, 2011

Aduhai wafa'

cane nak start eh.. aku ade sorang kawan ni. bukan la maksudnya aku ada sorang je kawan. gila looser kalau begitu. yang aku nak cerita nya pasal kawan aku ni dia selalu meninggal kan question mark kat kepala aku ni. kot-kot lah korang boleh bagi pendapat kenapa..
contoh kat kelas tadi, cikgu suruh dia ajar imran addmath sebab imran tanya cikgu soalan yang sama yang cikgu dah explain kat dia sebelum tu. . dan aku, yang entah mengapa x boleh denga nama imran terus menjerit 'kau jangan ajar dia!'. (haha jahat gila!) tapi still dalam hati harap2 imran x dengar. kalau x nanti dia terasa kesian pulak. (masih berhati perut).
susulan kejadian tu (yg cg suruh aja tu), aku pun tanya lah kawan aku tu.
wafa' : weh. kau benci x kat im?
dia : entah biasa je.
wafa' : tapi haritu kau kata kau x suka dia!
dia : eh yeke? hehe x igt la..
wafa' : kau ni, kau selalu ckp ayt2 yang buat aku jadi benci dia, tapi bila aku tanya kau x benci dia pulak (eh knp ayt aku mcm keling?) 
dia : alah aku x mudah terpengaruh lah.
 wafa' : sampai hati kau (tiba2 sentap!)
aku memang x boleh kalau kawan aku x turut x suka org yang aku x suka. terok kan? tahuu.. 
sampai sekarang aku x faham motif dia kutuk2 im depan aku. haishhh

Tuesday, October 4, 2011

PANAS PANAS! zasss....layann...

hye and assalamualaikum :) pernah denga isu ' kalau ade dara kolot' ? ikuti kisah ini :D
 macam vavi kan member dia punya member. aku x sangka isu tu memang wujud. astaghfirullah jelah bila dah tahu ade jugak manusia berpemikiran macam tu.
seriously, bila aku dengar kesah dia, aku takut satu benda. aku takut kalau aku diuji satu hari nanti dapat zuriat yang mcmtu. sumpah aku takut gila. aku lebih rela dapat anak sindrome down drpd dapat anak rosak. kan? 
bagi aku lah, kalau kau dah x ada dara. means, kau x istimewa. sebab kau bukan lagi mwar berduri. tapi kau mawar layu. (lagi teruk dari bunga taik ayam)! 
bagi gadis2 yang masih ade dara tu, ingat, kita adalah mawar berduri yang tersimpan di dalam botol terletak dalam bilik berpagar! ha kau. betapa susahnya lelaki nak dapatkan kita. cantik. nampak lembut. tapi pendinding diri kita sangat teguh. (iman) . fikir-fikirkan lah umat akhir zaman..

Monday, October 3, 2011

JANGAN DENGAR MULUT ORANG..!!

Hello and Assalamualaikum guys and babes..! (haha!)
Apa korang akan buat IF orang kata korang tak comel? sedangkan korang memang dah yakin 100% dalam hati yang korang memang comel + cantik + gojes = (wafa') hahaha..
Langkah pertama yang korang akan buat mestilah korang akan buktikan dekat orang tersebut yang korang cukup kiut mcm wafa' kan? hahahaha lagi!
So... kat sini aku nak bawak bukti yang aku ni memang cukup comel..
kenapa aku tiba2 nak buktikan kat korang (yg sememangnya dah tahu hal itu. ceh!) adalah kerana. ada sorang hamba ALLAH ini mengata depan2 aku yang gamba aku dalam entry FAMILY OF PROF MADYA DR. MOHD FAUZI tak comel..!! huwaaaa!! sedihh! tapi tak ada lah sedih sangat pon. ceh! ok tipu sbnarnya!
okay.. ni nak tunjuk bukti ni. tapi aku taknak tunjuk muka aku. aku nak tunjuk kat korang muka kembar tak seibu tak sebapa aku.  percayalah! muka kami sangat serupa!
sebijik kann? :p
tappi ni masa zaman2 jahiliyah aku tak pakai tudung. sekarang, aku dah berubah. yelahh.. dah jadi calon ustazash pilihan kann.. kau mampuu?
 so, this is the new wafa'.. :)
 okay , aku harap korang percaya yang aku comel.. huehuehue! And! sedikit kata2 semangat, kalau korang dah yakin yang korang comel. korang peduli je apa orang kata. bersyukur lah. tapi, jangan sampai korang salah guna kan kecantikan yang ALLAH bagi kat korang tu untuk buat maksiat. okay? hihi *terasa mampu jadi juara ustazah pilihan  :p

okay guys and babes! hikhik nak ckp tu ja ASSALAMUALAIKUM!
[nota kaki] ; eizah. entry ni untuk kau :P hahahah

Sunday, October 2, 2011

Family Of Prof Madya Dr. Mohd Fauzi :D

Hey yawww...!!!
Hari ni gua nak show off la kat lu orang wajah-wajah suci family gua.. kitorang suci sebab kitorang pakai wuduk je.. takdanya pakai simply siti ke apa..

Okay sebagai mukaddimah mesti la gua cite pasal bapak gua. sebab dia la punca gua kat sini. and sebab dia jugak la punca gua ni perempuan. kalau dia takda mesti dunia member2 gua kosong je sebab takde gua.. (ceh!)

nama diberi Mohd Fauzi Bin Mohd Amin.. umur dia gua x tahu. and x pernah amek tahu.(astaghfirullah!) gua cuma tahu hari lahir dia je. tahun lahir tak pernah ingat la pulak nak tanya. beliau orang pahang. hensem sangat sumpah tak tipu. kalah nassar (abi nnt bg duit belanja lebih eh! :p)
Apaa??? tak cayaa??!! hah kau amek ni bukti bapak gua hensem.
im proud to be you daughter prof! :)
 kemudian mak gua.. nak tau dia lawa ke tak, tengok anak-anak dia.. hikhik..  nama diberi aziah mohd jesan. umur 44.. muda lagi..hehe kerja pensyarah ...ha! kami panggil beliau umi :)
suka gamba ni :) kan?
And now i present you my eldest sister.. Nor Asy-Syifa', yg study medic di egypt. diikuti Fakhitah fauzi, juga medic di egypt. Nor Wafa' (saya) spm candidate, Mohd Abdullah Al-amin pmr candidate dan yang terakhir adik bongsu kami yang mana perangai tak secomel adik bongsu ponn.. hehe Nurul Iman..

DR to be kaklong..:)

DR to be k.ngah :)
saya :)


hamada :) *sori mls rotate*


dek man :)
Trio.. :)

x ada iman ngan abi.*baju tu nampak aku gemok kan? tapi sebenanye tak. haha*

raya :)

see tak ada iman kan.. huehuehue

 
baru lah muncul. :p

so .. ini lah family gua. salam taaruf yeh! haha.. korg show off lah pulak family korg. nanti aku baca! :D
 okbye assalamualaikum :)

Friday, September 23, 2011

Aku Tak Layak Untuk Kau..

[ Nota Hati ]
*Post ni adalah luahan hati okay.. kau x nak baca, kau balik! (ceh gangster :p)*
'' Aku tak layak la untuk kau... kau baik sangat''
Aku tak suka kau cakap macam tu. sori aku tak ada kekuatan nak bagi tau kau. kenapa kau cakap tak layak sebab aku baik? kenapa kau tak nak ubah jadi orang baik kalau kau rasa aku baik n kau jahat? kenapaaaa...?? tell mee...
Ohh yee.. sebab kau bukan suka aku pun. kau suka budak form 4. kenapa kalau kau tak suka aku, kau layan aku baik gila...sebab kau nak bagi aku berharap kat kau ke? tu ke yang kau nak??
satu perkara aku nak bagi tau kau..
kenapa aku tak reply msg org lain, kenapa aku x layan orang lain adlh sebab aku takut kalau aku layan diorang baik-baik aku akan buat diorang berharap kat aku. aku sangat takutkan benda tu. aku tak nak nanti hati diorang yang sakit. tapi kenapa kau tak terfikir macam tu? 
satu hari nanti, kalau aku dah x reply msg kau and x contact kau.. aku nak kau tahu yang aku bukan benci kau. tapi aku tak nak hati aku rosak. tunggu satu yang mustahil. sebab kau kata kau tak layak untuk aku.. 

    HOMAIGOD PERASAAN BONGOK..
benda ni sumpah x de kena mengena dengan sesiapa yang kau pk siapa itu tau! tau2! kau denga x nihhh??!:p

Sunday, August 21, 2011

Aku Punya Besar

hihi.. haaa punya apa??? aku punya Besar. korang punya?? hehe..

kita nak tunjuk kat korang. kita punya.. hihi

ok mula2 kena pejam mata dulu..


CAKKK....!!!!! (ok bukak mata)

haaa ni dia.. saya punya KUCING besar. nama dia mawi..
Haii nama saya mawi .. bontot saya tonggek =P
kita ada lagi satu kucing. dia paling senior. kita panggil dia. meow..

maaf.. aku dah try carik gmba dia yang senonoh. tapi xde. ni la yang palimg ok. haha. 

dan yang terakhir.. kucing yang paling dan sentiasa aku sayang. arwah bubu.. dia meninggal sebab makan spray nyamuk. meninggal pada pukul 4 pagi bulan ramadhan.

Al-faatihah..  
gewamnye titew tenok diew... huwhuw... 

rindu kat bubu..
bubu,, ingat ye. kita jumpa kat syurga. okay? insyaALLAH..
assalamualaikum :D

[notatangan] eizah aku nak lawan kucing kau. hahaha :P gurau*

Wednesday, August 17, 2011

MULUT LEBAR :D

Asslamualaikum w.b.t...
sekarang baru lepas tarawih. alhamdulillah dapat juga habiskan tarawih dengan kakak...

tiba-tiba sekarang TERajin pulak nak mengapdet belog mashem ni. selepas dapat semangat daripada cik wirawati negara kita kak eizah tu. hehe jangan marah zah..

tajuk enty takde kena mengena dengan isinya. hehe
ni nak ceghita, tadi kita berbuka laksa je. lapar lagi ni. biasa makan kuih ngan nasi. takpe bersyukur je la.

[notahati] *tiru eizah* :P
kita nak jadi macam rasulullah. walau pun x kan jadi tapi kita nak cuba.

Tuesday, August 16, 2011

Aku Ada.. Kau Adaa??

Hey gerlprennnnn!!

ha jawab laa.... kau ade ke??? tak kannn..??

ha ni nak bagitawu ni... aku ade banyak kawan. tak terkiraa... kawan baik banyak. kawan jahat pun banyak. tak kesah la dia baik ke jahat. dia tetap kawan aku.

ciri-ciri kawan wafa' kiut :
  • memiliki hati yang bersih seputih kapas.
  • memiliki sifat lemah lembut selembut sutera.
  • memiliki akal yang dikurniakan ALLAH sangat cerdik secerdik Albert Einstein
  • sentiasa membasahi lidah dengan kata-kata yang suci sesuci hati mereka ..
  • sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain
okay kalau nak list kan satu2 memang sampai esok pon x habis. senang cite kawan aku ni semua first class punya. kalau buat bini ni memang untung la. haha.. tak senonoh.

nama-nama kawan wafa' kiut :

Eizah
syarfa'
mina
ayu
ili
ena
wawa
min
nazu cantik :P
am
lipah
 dini
atikah (pakwa capak)
asilah (monster)
umu
alifah razi
hannan
mardhiah
dayah
ija
su
bariah
fasyaz
najwa kiut (ghaza)

n many more...... sorry kepada yang x de. penat nak type. walaupun nama korang x de kat sini, tapi nama korang selalu kat dalam otak kita taw. x tipu..



okay kenapa aku sayang sangat kat diorang?                                                                            

sebabb... dorang baik ngan aku.... dorang semua comel2. percayalahhhh lagi2 nazurah... hehe.. gewam tenok dia. 
okay, tu je nak bgtwu. bai nak tido.

TAZKIRAH

Salam alaik buat pembaca kesayangan :)
Guana pose deme? penuh dop? kalu hok pompuang tu dok penuh ah ye dok? nok buak guane weh..  doh memang kita ade cuti am tiap bulang... hihi

ade kata "ee x boleh puasa? hahah x boleh raya".. " x pelah, baik x boleh puasa sekarang dari x boleh puasa masa sepuluh malam terakhir nanti" .. dan terus mood kawan yang tadi tu down sebab memikirkan kebenaran kata-kata kawan dia yang tadi tu. (kalau x faham tell me bebeh)..

baiklah.. kawan2, ye benar, lazimnya, masa sepuluh malam terakhir tu ramai yang buat qiamullail. membangunkan malam dengan membuat solat hajat, solat taubat, membaca quran dan sebagainya.. tapi mcm mana dengan perempuan yang uzur? kebanyakan mereka fikir kalau uzur masa sepuluh malam terakhir macam satu kerugian yang besar sebab x dapat beribadah.

sebenarnya, qiamullail ni sendiri bermaksud mendirikan malam dengan melakukan ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. ibadah ni luas kawan2. bukan setakat solat je. berzikir, baca quran pun ibadah. jadi bg pempuan2 yang x boleh solat.. anda sebenarnya x perlu risau pun tentang ni. sebab anda still boleh bangun malam. berzikir, bermuhasabah, berdoa kpd ALLAH.. jangan sempitkan perkara yag luas.ALLAH tu MAHA adil. Dia buka ruang kpd semua hambaNya yang nak dekatkan diri denganNya. kecuali bagi mereka yang tak buka ruang hati mereka untuk Allah..

ALLAHUA'LAM... sekadar secebis perkongsian. sori la kalau ade yang silap. tolong tegur diri ini..
peace ^_^

Sunday, July 3, 2011

Buat Mu Insan Yang Digelar Sahabat ..

 Assalamualaikum .. 

Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta segala puji dan kesyukuran di rafa'kan buat Sang pencipta yang sentiasa memberi nikmat kepada hambaNya yang hina di dua derah Nya . sentiasa dan selama-lamanya mulia di atas sana .. 

Entry ini di tuju kan khas buat sahabat ku ..
Sahabat, aku tahu isi hati mu yang sebenarnya kepada si dia walaupun kau tak pernah menzahirkannya dekat aku.. aku faham, ini lah kehidupan.. sentiasa diuji. perasaan suka, cinta dan sayang, yang pada asalnya diciptakan Ilahi untuk diabdikan hanya padaNya telah terpesong kepada insan yang juga sentiasa menadah nikmat daripada Ilahi sama seperti kita.
tidak terlintas di fikiran untuk menyalahkan kau .. kerana inilah lumrah kehidupan.
cuma terkadang lumrah yang sepatutnye hanya menjadi lumrah telah di hasut oleh musuh manusia iaitu syaitan yang licik menghasut manusia dengan hasutan yang paling halus sehingga menyebabkan berlakunya zina hati, mata dan sebagainya..

Aku bersyukur sahabat kerana mempunyai sahabat sepertimu yang mampu mengawal perasaan itu. aku berdoa setiap malam agar perasaan itu tidak menjadi penghalang persahabatan kita. jika dia yang terbaik untuk kau, maka doa ku panjat kan agar dia lah LELAKI itu. tiada niat di hati untuk mengambil dari kau.. itu lah ungkapan ringkas terikhlas yang mampu ku ungkapkan mewakili erti sebenar hati ini yang sebenarnya melebihi berjuta makna..




Tuesday, June 28, 2011

R I N D U (tettttt)

salam kerinduan kepada sahabat2 ku.. :D
aku rindu korang lah.. (bangga takk) :P

sebelum apa-apa..
segala pujian dirafa'kan kepada NYA yang maha mulia diatas sana dan Alhamdulillah buat selama-lamanya kita meninggikan kesyukuran ke atas Sang Pencipta kerana masih membenarkan hamba-hambaNya kembali menghirup nikmat udara secara percuma..

sudah lama rasanya jejari runcing (nak jugakkk!) ini tidak menekan papan kekunci ini. buat pertama kalinya pada tahun 2011 yang semakin hampir dengan ambang 2020 ini saya terasa ingin mencuci sawang2 dan kotoran di laman ini dengan isian yang lebih bermanfaat dan insyaALLAH berguna kepada sahabat sekalian.

saya, bukan lah orang yang hebat seperti imam 'ulama mahupun seperti ustazah norbahyah (aku tak reti eja, halal lah ye) hatta dato' ustazah masyitah pon bukan! saya hanyalah insan biasa yang meminjam akal dan nyawa daripada sang pencipta di atas sana.. dan dari itu, izinkan hamba ALLAH yang lemah serta hina bina ini untuk meluah kan isi hati nya yang sudah lama terpendam..


HAYATILAHH....


ISLAM BUKAN STATIS

"Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya"
Hadis 1:40 Imam An-Nawawi..


"Eh kamu, makin alim nampak,
pakai pakaian menutup aurat dah sekarang,
cakap benda-benda agama,
dulu kamu tak macam ni."


Ya, aku berubah kini
kerana kita manusia,
bernafas dan bergerak,
bukan makhluk statis.
Aku bosan bertakung
sedang dunia lautan bergelora
birunya menyenagkan,
aku pernah terlelap. Kawanku,
mahu aku kejutkan kau?


Ya, aku berubah mulanya
kerana kasih terpaut hatiku,
pada dia Al-Fadhil itu,
aku ingin seiring
lalu kurodok perut ilmu
bukanlah aku hipokrit,
cuma inilah cara tersendiri
Tuhan sampaikan taufik-Nya.
Kawanku, mahu aku tunjukkan kau?


Ya, aku telah berubah
kerana kau pernah nampak
lorong yang terang-benderang,
hujungya sangat gemilang,
ada Allah dan RasulNya,
aku ingin menapak atasnya
biarpun berkaki ayam. Kawanku,
mahukah kau turut serta?

Saturday, April 30, 2011

hye anda yang di sinunn :D

eh hye awak yang di sana yang tengah berdiri dan sandar di tiang tu, sambil meletakkan tangan di atas kepala memandang langit tuuu.. saya nak cakap ni, baju awak koyak la. kan saya dah ternampak bulu-bulu cinta awak. geli tau. hahaha..

*muka dah hensem. tapi slek. aiyo. sori ye bangg TER paksa tego. x sanggup rasanya melihat suasana sedemikian* (kahkahkah!)

Tuesday, March 29, 2011

BADARiah punya pasalllllll.....

hey girlprenn!!! hihihi...

hari ni.. aku, selaku badar yang paling baik lawannye.. nak kongsi cecite dekat korang pasal kerja aku dalam badar ni.

okay. dekat sekolah, aku adalah badar. aku ni ketua biro dokumentasi bagi pelajar puteri lah. kalau putera ketuanya zairul azmi. jadi, apa-apa kerja yang berkenaan dengan dokumentasi, kami kena berkerjasama. kerja dengan zai ni tak susah pon. kau suruh dia buat tu, dia ikot je. hehe.. kadang2 kesian jugak tengok. tapi nak buat camne, demi kemudahan dan kesenangan aku, terpaksalah jadi selfish. hahaha.. kan aku dah kata, aku badar paling baik lawannya. hihi..

nak dijadikan cecita nya... hehe
aku dengan zai kena buat board badar. ustazah sebenanye dah lama dah suruh buat board nih. tapi aku dengan zai tak gerak2 pon. bukan sebab kami malas eh. tak sama sekali. tapi sebab kebizian yang teramat sehingga takde masa free untuk buat benda alah tu.
sampai satu masa ni, ustazah jumpa aku dan marah aku sebab kerja x jalan. aku senyap je lah. sebab memang salah aku pon lem2. sazah cakap pasal tanggungjawab lah ape semua tu lah. aku pon layan kan aje. tunduk je lah. malu yang teramat bebb!! sebab ade akak f6. nak nangis pon ade. tapi aku ni kental. tahan je ah. hihi...
lepas kena marah tu, petang tu jugak aku ajak mak aku beli kain untuk board badar tu. banyak jugak lah mak aku habis duit untuk kain tu. semua sekali rm51.60..

okay bila dah beli tu, aku pon semangat2 lah bawak pegi sekolah untuk menjobo kat membe2 akan kecantikan kain tu. petang tu, aku ajak zai ngan aina tolong aku buat board tu. sebab aku malas nak simpan lama2 kain tu. hihi..
ok, zai dia g solat dulu. tinggal aku ngan aina je. kitorang, kau tawu lah tinggi tak seberapa je kan. tapi aku lagi tinggi lah dari ena. hehe..(nak jugak) so, terkial kial lah kami nak menyeteple kain tu. ok masa kitorang macam orang bodoh lompat2 kat situ, tiba2 ade satu cikgu ni datang tego. dia kata macam ni.

cikgu : eh kain hitam ni untuk ape?

wafa kiut : untuk board badar. knp cg?

cikgu : kenapa pakai warna hitam? tak twu ke kita ade tema?

wafa kiut : eh, saya tak twu pon cikgu. sazah x ckp pon.

cikgu : xkan sazah x cakap kot?

wafa kiut : tak de pon dia cakap apa-apa. takde org ckp pon.

cikgu : oh yeke. em sebenanye kita kena ikut tema. cikgu awak kena ckp sepatutnye. tapi x pelah. dah cikgu awak x cakap. awak tampal jelah. tapi nanti kena cabut balik lah.

then cikgu bla..
pastu aku dengan aina teros macam tenggggggg!!!!! baik takpayah tampalllllllll!!!!! aku dah nak menangis dah sebab bengang gilaaa...
sazah pon time marah2 tu takdelah cakap pasal tema..
poyo gila nak ade tema bagai!! daaaaaa~ haha
dalam hati aku. "mak aku dah bazir masa carik kain board tu twu takkk???!!!"

elok2 lepas kena togo tgu zai datang. dia senyum2 dan bertanye dekat aku ngn ena. macam mana? boleh buat tak? aku saba je dengan soalan dia. haha ..
then aku pon jawab lah, x boleh pakai kain ni. aku pon cerita lah dekat dia pasal apa yang cg tadi cakap. dan tanpa aku seda (ceh!) aku TER nak menangis depan dia. sebab sakit hati sangat2
tawww... dia pulak gelak2. x pujuk ai pon taw. mencik! haha gedikkkk... memalukan aku je. haha

lepastu zai kata, x pelah. kita bia je dulu macam ni. nanti kita jumpa sazah bincang. hee~ aku pon dalam hati bersorak kegembiraan sebab dah boleh balik. hehe sebenanye dari mula lagi aku pk nak nalik. hahahaha....

sampai situ je ceritanye. tapi marahnye x habis lagi. sape tak bengang weh.. dah habis masa carik benda alah panjang itam tu (kain hitam tu lah).
okay girlprennn! thanks for reading my blog. :) cerita bongok je . hihi..
ok lah nak pegi baca quran, nak bertaubat. hihi salam alaikum :)



Wednesday, February 23, 2011

JELES SANGAT KE ??

Aku buat entry ni saja suka-suka sebab teringin pulak nak luahkan dekat komputer. sebab tiba-tiba rasa kesian dekat member2 aku (ke?) kena dengar cerita aku hari-hari. :P


kejap2 mak aku panggil masak air.
ok ok sampai mana tadi? ha,


Sumpah weh aku tak jeles langsung dia nak kirim salam dekat tuttt. sebab entah lah.

tapi kenapa kalau aku tengok dia comment2 dengan awek2 lama sekolah dia aku jeles. alahai x de lah jeles sangat pon. (tett)

ok tu je.. HAHA macam vavi ..

Seronok oh sebenarnya follower sikit. kau bebas nak tulis apa. ha kan bebas aku kat sini kan nak mencarut apa kan. (astaghfirullah)..