Friday, May 25, 2012

Koreksi, correction, pembetulan, :D

Hey babes and guys.... :D

assalamualaikum wbt kepada semua penduduk di dua daerahNYA .. ihik2!

semua orang melakukan kesilapan. kan? lagi2 manusia.
sebab manusia = insan. dan insan = nasa' (betulkan kalau salah) ..
dan nasa' pulak ialah lupa. jadi nyata terang lagi bersuluh bahawa insan is a forgetfull creatures. kannn.

dan dengan alasan di atas makanya aku nak buat pembetulan. adalah sebelum ini aku ada buat entry pasal cuti the vouge n bla bla bla tu kan. dalam tu ada sedikit kesalahan di mana aku guna perkataan su'us zhan yang sepatutnya ditukar kepada husnu zhan. kerana su'us zhan = sangka buruk. manakala husnu zhan = sangka baik.

mengapa aku silap?
sebab masa tu aku eksaited gila menaip. dan aku post tanpa recheck . eksaited kata kooooo. hahaha.. aku adalah seorang manusia yang mengapdet entry secara spontan. sebab aku malas nak buat draft bagai.

macam mana aku boleh tersedar kesilapan itu?
adalah seorang kawan aku ini bernama aisyah zaik. kwn baik aku . and also my first love :) hikhik ..
dia tego aku kat chat yang aku alah. k tu je. haha

macam tah pape je benda ni pon nak kecoh kan. blah la lu wafa poyo benda ni pon nak kecohhh hok alohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...


Tuesday, May 22, 2012

cuti yang vouge the vass kebaboommm everyone..!!!! ngehehehe

hoi assalamualaikum :)
cuti lepasan spm ni paling best bg aku. banyak gila tempat aku jelajah dengan bestfriend aku. hewhew siok! beli baju tido sesama. sweet nye! haha.. duit pon byk habis. tapi tak kesah langsung sebab aku laburkan dekat benda yang aku sukaaa. hehehe.

kenapa cuti kali ni best gila?
sebab aku boleh tido lewat tanpa memikirkan kerja sekolah. and x ada siapa bising pasal tu. huuuuu
dan cuti ni jugak buat aku kenal dengan satu halaqah. atau bulatan kegembiraan yang paling gempak. best gilaa ahli usrah aku ni. semua cun dan banyak ilmu. aku tabik gila depa semua.

dari kanan : saya, kak zinirah, kak maryam(naqibah), nadra, kina, khaleeda :D
dan dalam kegembiraan tu,, ada terselit jugak perasaan sedih. tah dari mana datangnye rasa tu. rasa macam sangat di uji. macam dah hilang harapan semua. sebab apa? sebab aku adalah tak layak ke upu and x dapat mara. pada masa tu, aku sikit pon x bangga denga result spm aku. malu kat diri sendiri. sebab sombong ngan ALLAH sebab x doa hari2. sumpah malu gila.


But somehow, dalam sedih2 tu ada je yang bg semangat ada je yang tepon tenang kan aku. ada je yang bg aku semangat. and tu semua ahli usrah aku ngan mak aku yang buat. da jugak yang paling sedih,, kawan aku yg tahu aku x dapat memane, bila kau kol mintak pendapat, langsung x angkat. okay baik kita su'uz zhon mungkin dia busy.

dan benarlah janji ALLAH pencipta kita yang maha berkuasa yang mentadbir alam ini,, di setiap usaha pasti ada hasilnya. jika kita berdoa maka ALLAH mendengar. dan sejak peristiwa yg memalukan diri sendiri itu,, keinsafan mula melanda diri. hari2 aku doa agar semua usaha aku mendatangkan hasil yang baik untuk aku dan masa depan aku di dunia dan di akhirat. and yeahh,, hasilnya ALHAMDULILLAH tas segala yang ALLAH bagi. walaupun susah nak terima tp masti ada hikmah. insyaALLAH manfaat lebih besar drpd mudharat :)

Wednesday, February 22, 2012

KAU DENGAR SINI BAIK BAIK BRO!

awas kepada mereka yang lemah semangat dan yang lemah iman.. entry ini adalah berstatus 18sg..
yo bro.. maaf assalamualaikum wbt.. kali ni aku nk cakap bahawasanya lu cakap tak serupa bikin. lu bising2 gua lain itu ini lu sape doh..?! noktah!

Friday, February 3, 2012

kelas Tersayang Episod 3

semangat ni ! dalam sehari 2 kali aku update. haha.. malas nak bebel...

layannnn...

ini darjah 2.. irfan dan damia.. hehe kiut kan? :D


ini pulak ustazah dgn ank murid tahap 5.. (adik sedara ABANG meor razif) :P




hahaha comel la budak budak niii

Kelas Tersayang Episod 2

Assalamualaikum... :D
ok. kelas tersayang episod 2... poyo nak episod-episod bagai. hahaha suka hati la. ni semua sebab dah terpengaruh ngan cerita indon yang berjela-jela sampai 200 episod.huehue...
sekarang ni dah cukup satu bulan aku mengaja. tinggal lagi sebulan je. aku cuma jadi cikgu ganti    kepada cikgu bersalin je. haishh macam2 perasaan ada dalam hati ni. seronok ada, sedih pon ada. seronok sebab lepas ni tak payah la aku nak jerit-jerit lagi dah marah2. sedih sebab walaupun cuma baru sebulan aku mengajar diorang ni, banyak kenangan manis dengan diorang. tengok gelagatdiorang ni buat aku tergelak. haha kanak-kanak. ade yang tak nak kawen la. haha lawak. emosi tak terkawal tiba2 benci perempuann.. 
 ada satu hari ni, aku marah sangat dengan sorang budak ni,, aku suruh hafal tak nak. sebuk mengacau orang. tapi tu aku boleh lagi sabar. yang aku bengang nye masa solat tu dia x baca doa lepas tu baring-baring. aku pon terus pukul dia guna penyapu. yess penyapuu.. penyapuuuuuu.. bayangkan. aku ni dah la seorang yang susah memukul orang.(kecuali time gelak, tu involountry action).. budak tu terpinga-pinga pastu terus jeling aku. tapi aku buat tak tahu je.. time balik tu nak salam, aku sedar dia nak lari tak nak salam aku. tapi aku pergi kat dia. aku tanya dia. awak marah saya ke? kalau awak marah saya minta maaf. pastu terus dia salam aku..
lepas daripada tu je.. asal dia nampak aku, mesti dia jumpa aku. borak ngan aku.. and kitorang jadi rapat.. bila aku fikir balik,, kalau cikgu merendah kan ego dia, anak murid pon akan senang dengan dia. kan? 
and lastly, bagi aku.. aku seronok dapat mengajar dekat seklah ni. walaupun diorang ni nakal,, diorang ni semua ahli syurga. sebab apa? sebab belum matang.  jadi beruntung lah aku.. and jadi cikgu ni mengajar aku untuk kawal marah dan jadi orang yang lebih penyabar.. :D


Friday, January 20, 2012

kelas tersyang episod 1

hew hew tajuk nak poyo je. almaklum sekarang ni bekerja sebagai ustazah,, eksaited lebih nak stori mori. hua hua.. hari fes aku keje adalah pada 5 jan. hari kames. mula2 tu biasa lah kenal2. budak2 ni semua nampak okay je. lawak.. pemalas. macam2 gaya ada. bila masuk hari kedua dah nampak dah perangai sebenar diorang. dengan ada yang nak tunjuk taiko walau badan sebesar kuman je. badan kecik ada hati nak belasah kawan. dalam hati aku mengata je budak ni poyo. hahaha jahat gila. entah2 macam tu lah apa yang cikgu2 aku rasa kat sekolah tgk anak2 murid dia yang nakal2..
okay itu minggu pertama. masuk minggu kedua aku pun start lah mengaja. ingat kan senang je. rupanya susahh... mengaja kanak2 darjah 5 ni bukan macam mengaja budak tingkatan 5. ada yang anak2 murid aku ni degil. suka melawan. kongaja. pemalas. yaALLAH.. sape yang jadi cikgu je tahu mcm mana cikgu2 ni berkorban utk anak2 murid dia bagi diorang semua paham. tapi yang adoo. semua macam2 hal. dengan mainnya lah. jalan sana jalan sini. kalau kita bagi kerje menulis. mula lah kata cikgu banyak kerja lah apa lah. padahal kita yang cikgu ni lagi la banyak keje. kena buat rancangan hari2 apa yang kita nak aja. dah la banyak.
bila dah jadi cikgu ni baru lah rasa apa yang cikgu2 kita tu rasa. pengorbanan diorang . kerja cikgu ni mulia. bila jadi cikgu ni. setiap perkataan yang kita nak keluakan kena fikir dulu. kena hati2 je. bila nak marah tak boleh cakap yang bukan2. sebab setiap apa yang kita cakap tu doa. susah wehh.. kenakalan budak2 zaman sekarang ni tak macam kita dulu. kekurang ajaran budak2 sekarang ni tak macam kita. diorang ni dasyat. tak tahu lah makanan apa yang diorang telan sampai macam tu sekali perangai nya. ada tu bila aku marah dia kata sikit2 membebel. ada ke macam tu. nak menangis aku sorang2 kat depan tu. hahahahhaha..
okay setakat ni dulu. dah panjang sangat ustazah membebel. hehe.. tunggu episod 2 ye anak2 :D

Sunday, October 23, 2011

kau sahabat aku dunia akhirat. aku janji!

aku tahu sikap aku sekarang ni banyak buat kau sakit hati, terasa and kecil hati. aku sedar semua tu. aku minta maaf. mungkin ayat aku tak sehebat ayat kau, sebab aku tak pandai berkata-kata. jauh dalam sudut hati aku ni betul2 menyesal atas semua tindakan aku. mungkin tak nampak macam aku beria ria kan? biarlah kau nak fikir apa pun. ALLAH je yang tahu isi hati aku..

aku jauh dari kau bukan sebab aku tak suka dengan kau. jauh sekali membenci kau. bukan niat di hati nak lukakan hati kau.. punca semua ni terjadi pun aku masih berfikir.. kot2 ada tindakan kau yang buat kan aku menjauhkan diri, tapi tak ku temui.. kenapa ye? setiap kali kita duduk bersama ada je yang tak kena. terasa macam kau dah tak boleh berbual dengan aku. macam kita dah tak boleh masuk. tak ada chemistry kata orang? ukhuwah takkan terbina kalau hanya satu hati je yang terbuka. hati kau ke hati aku? kalau iye hati aku. aku rasa aku ah cuba terima kau. aku sangat2 nak berkawan dengan kau.

aku sayang kau. kau sahabat alu dunia akhirat. kau yang buat aku sedar kelemahan diri. kau buat aku buka mata. kalau tak sebab kau,, mungkin aku terus bergelumang dengan dosa lalu. kau buat aku lebih matang. sejujurnya aku cakap. aku sayang kau. semoga kita dapat bersahabat macam dulu.. semua kesilapan yang pernah aku buat dekat kau dulu, seriously aku tak ada niat menjatuhkan kau. mungkin apa yang kau tafsir lain dari niat sebenar hati aku. tak pelah. aku reda.. mungkin juga salah aku.
semoga luahan hati aku ni dapat menambahkan kemanisan ukhuwah kita
assalamualaikum..