Friday, May 25, 2012
Koreksi, correction, pembetulan, :D
assalamualaikum wbt kepada semua penduduk di dua daerahNYA .. ihik2!
semua orang melakukan kesilapan. kan? lagi2 manusia.
sebab manusia = insan. dan insan = nasa' (betulkan kalau salah) ..
dan nasa' pulak ialah lupa. jadi nyata terang lagi bersuluh bahawa insan is a forgetfull creatures. kannn.
dan dengan alasan di atas makanya aku nak buat pembetulan. adalah sebelum ini aku ada buat entry pasal cuti the vouge n bla bla bla tu kan. dalam tu ada sedikit kesalahan di mana aku guna perkataan su'us zhan yang sepatutnya ditukar kepada husnu zhan. kerana su'us zhan = sangka buruk. manakala husnu zhan = sangka baik.
mengapa aku silap?
sebab masa tu aku eksaited gila menaip. dan aku post tanpa recheck . eksaited kata kooooo. hahaha.. aku adalah seorang manusia yang mengapdet entry secara spontan. sebab aku malas nak buat draft bagai.
macam mana aku boleh tersedar kesilapan itu?
adalah seorang kawan aku ini bernama aisyah zaik. kwn baik aku . and also my first love :) hikhik ..
dia tego aku kat chat yang aku alah. k tu je. haha
macam tah pape je benda ni pon nak kecoh kan. blah la lu wafa poyo benda ni pon nak kecohhh hok alohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Tuesday, May 22, 2012
cuti yang vouge the vass kebaboommm everyone..!!!! ngehehehe
cuti lepasan spm ni paling best bg aku. banyak gila tempat aku jelajah dengan bestfriend aku. hewhew siok! beli baju tido sesama. sweet nye! haha.. duit pon byk habis. tapi tak kesah langsung sebab aku laburkan dekat benda yang aku sukaaa. hehehe.
kenapa cuti kali ni best gila?
sebab aku boleh tido lewat tanpa memikirkan kerja sekolah. and x ada siapa bising pasal tu. huuuuu
dan cuti ni jugak buat aku kenal dengan satu halaqah. atau bulatan kegembiraan yang paling gempak. best gilaa ahli usrah aku ni. semua cun dan banyak ilmu. aku tabik gila depa semua.
![]() | |
| dari kanan : saya, kak zinirah, kak maryam(naqibah), nadra, kina, khaleeda :D |
But somehow, dalam sedih2 tu ada je yang bg semangat ada je yang tepon tenang kan aku. ada je yang bg aku semangat. and tu semua ahli usrah aku ngan mak aku yang buat. da jugak yang paling sedih,, kawan aku yg tahu aku x dapat memane, bila kau kol mintak pendapat, langsung x angkat. okay baik kita su'uz zhon mungkin dia busy.
dan benarlah janji ALLAH pencipta kita yang maha berkuasa yang mentadbir alam ini,, di setiap usaha pasti ada hasilnya. jika kita berdoa maka ALLAH mendengar. dan sejak peristiwa yg memalukan diri sendiri itu,, keinsafan mula melanda diri. hari2 aku doa agar semua usaha aku mendatangkan hasil yang baik untuk aku dan masa depan aku di dunia dan di akhirat. and yeahh,, hasilnya ALHAMDULILLAH tas segala yang ALLAH bagi. walaupun susah nak terima tp masti ada hikmah. insyaALLAH manfaat lebih besar drpd mudharat :)
Wednesday, February 22, 2012
KAU DENGAR SINI BAIK BAIK BRO!
yo bro.. maaf assalamualaikum wbt.. kali ni aku nk cakap bahawasanya lu cakap tak serupa bikin. lu bising2 gua lain itu ini lu sape doh..?! noktah!
Friday, February 3, 2012
kelas Tersayang Episod 3
Kelas Tersayang Episod 2
Assalamualaikum... :D
ok. kelas tersayang episod 2... poyo nak episod-episod bagai. hahaha suka hati la. ni semua sebab dah terpengaruh ngan cerita indon yang berjela-jela sampai 200 episod.huehue...
sekarang ni dah cukup satu bulan aku mengaja. tinggal lagi sebulan je. aku cuma jadi cikgu ganti kepada cikgu bersalin je. haishh macam2 perasaan ada dalam hati ni. seronok ada, sedih pon ada. seronok sebab lepas ni tak payah la aku nak jerit-jerit lagi dah marah2. sedih sebab walaupun cuma baru sebulan aku mengajar diorang ni, banyak kenangan manis dengan diorang. tengok gelagatdiorang ni buat aku tergelak. haha kanak-kanak. ade yang tak nak kawen la. haha lawak. emosi tak terkawal tiba2 benci perempuann..
ada satu hari ni, aku marah sangat dengan sorang budak ni,, aku suruh hafal tak nak. sebuk mengacau orang. tapi tu aku boleh lagi sabar. yang aku bengang nye masa solat tu dia x baca doa lepas tu baring-baring. aku pon terus pukul dia guna penyapu. yess penyapuu.. penyapuuuuuu.. bayangkan. aku ni dah la seorang yang susah memukul orang.(kecuali time gelak, tu involountry action).. budak tu terpinga-pinga pastu terus jeling aku. tapi aku buat tak tahu je.. time balik tu nak salam, aku sedar dia nak lari tak nak salam aku. tapi aku pergi kat dia. aku tanya dia. awak marah saya ke? kalau awak marah saya minta maaf. pastu terus dia salam aku..
lepas daripada tu je.. asal dia nampak aku, mesti dia jumpa aku. borak ngan aku.. and kitorang jadi rapat.. bila aku fikir balik,, kalau cikgu merendah kan ego dia, anak murid pon akan senang dengan dia. kan?
and lastly, bagi aku.. aku seronok dapat mengajar dekat seklah ni. walaupun diorang ni nakal,, diorang ni semua ahli syurga. sebab apa? sebab belum matang. jadi beruntung lah aku.. and jadi cikgu ni mengajar aku untuk kawal marah dan jadi orang yang lebih penyabar.. :D
Friday, January 20, 2012
kelas tersyang episod 1
hew hew tajuk nak poyo je. almaklum sekarang ni bekerja sebagai ustazah,, eksaited lebih nak stori mori. hua hua.. hari fes aku keje adalah pada 5 jan. hari kames. mula2 tu biasa lah kenal2. budak2 ni semua nampak okay je. lawak.. pemalas. macam2 gaya ada. bila masuk hari kedua dah nampak dah perangai sebenar diorang. dengan ada yang nak tunjuk taiko walau badan sebesar kuman je. badan kecik ada hati nak belasah kawan. dalam hati aku mengata je budak ni poyo. hahaha jahat gila. entah2 macam tu lah apa yang cikgu2 aku rasa kat sekolah tgk anak2 murid dia yang nakal2..
okay itu minggu pertama. masuk minggu kedua aku pun start lah mengaja. ingat kan senang je. rupanya susahh... mengaja kanak2 darjah 5 ni bukan macam mengaja budak tingkatan 5. ada yang anak2 murid aku ni degil. suka melawan. kongaja. pemalas. yaALLAH.. sape yang jadi cikgu je tahu mcm mana cikgu2 ni berkorban utk anak2 murid dia bagi diorang semua paham. tapi yang adoo. semua macam2 hal. dengan mainnya lah. jalan sana jalan sini. kalau kita bagi kerje menulis. mula lah kata cikgu banyak kerja lah apa lah. padahal kita yang cikgu ni lagi la banyak keje. kena buat rancangan hari2 apa yang kita nak aja. dah la banyak.
bila dah jadi cikgu ni baru lah rasa apa yang cikgu2 kita tu rasa. pengorbanan diorang . kerja cikgu ni mulia. bila jadi cikgu ni. setiap perkataan yang kita nak keluakan kena fikir dulu. kena hati2 je. bila nak marah tak boleh cakap yang bukan2. sebab setiap apa yang kita cakap tu doa. susah wehh.. kenakalan budak2 zaman sekarang ni tak macam kita dulu. kekurang ajaran budak2 sekarang ni tak macam kita. diorang ni dasyat. tak tahu lah makanan apa yang diorang telan sampai macam tu sekali perangai nya. ada tu bila aku marah dia kata sikit2 membebel. ada ke macam tu. nak menangis aku sorang2 kat depan tu. hahahahhaha..okay setakat ni dulu. dah panjang sangat ustazah membebel. hehe.. tunggu episod 2 ye anak2 :D
Sunday, October 23, 2011
kau sahabat aku dunia akhirat. aku janji!
aku jauh dari kau bukan sebab aku tak suka dengan kau. jauh sekali membenci kau. bukan niat di hati nak lukakan hati kau.. punca semua ni terjadi pun aku masih berfikir.. kot2 ada tindakan kau yang buat kan aku menjauhkan diri, tapi tak ku temui.. kenapa ye? setiap kali kita duduk bersama ada je yang tak kena. terasa macam kau dah tak boleh berbual dengan aku. macam kita dah tak boleh masuk. tak ada chemistry kata orang? ukhuwah takkan terbina kalau hanya satu hati je yang terbuka. hati kau ke hati aku? kalau iye hati aku. aku rasa aku ah cuba terima kau. aku sangat2 nak berkawan dengan kau.
aku sayang kau. kau sahabat alu dunia akhirat. kau yang buat aku sedar kelemahan diri. kau buat aku buka mata. kalau tak sebab kau,, mungkin aku terus bergelumang dengan dosa lalu. kau buat aku lebih matang. sejujurnya aku cakap. aku sayang kau. semoga kita dapat bersahabat macam dulu.. semua kesilapan yang pernah aku buat dekat kau dulu, seriously aku tak ada niat menjatuhkan kau. mungkin apa yang kau tafsir lain dari niat sebenar hati aku. tak pelah. aku reda.. mungkin juga salah aku.
semoga luahan hati aku ni dapat menambahkan kemanisan ukhuwah kita
assalamualaikum..
Sunday, October 9, 2011
TRAGEDI OKTOBER
waktu aku comel2 dulu, waktu aku 6 tahun. aku adalah wafa' yang suka merayau sorang2. pastu balik time makan je. hehe. dalam kalangan adik beradik aku, aku paling hebat bab2 selok belok jalan waktu tu. dan aku sangat bangga. hehe..
TAPI, tu semua dulu. lepas satu tragedi yang menimpa diri aku ni, aku dah tak berani nak jejakkan kaki ke luar rumah kalau tanpa mak ayah aku.
UNTUK KAU LELAKI TAK BERAPA NAK BERGUNA
kalau kau buat dekat budak2 lain macam apa yang kau pernah buat dekat aku dulu, aku doakan hidup kau tak tenang! kau lagi teruk darripada binatang! seluruh alam akan doakan kau, kau tahu?!
![]() |
| *aiyaaa, benci bila teringat* |
Saturday, October 8, 2011
KAU OVER LA..
jangan over sgt kalau nak benci org tu..takut nanti tersuka pulak. tak gitu? benci siki-sikit udah le. haha nasihat tak membina langsung!
sekarang aku adalah dalam mood membenci seseorang ini dan menyukai seseorang ini. okay itu tipu.tak sebenarnya
sebenanrnya aku nak bagi nasihat kat korang. jangan benci seseorang tu sesangat sangat nya sebab nanti gerenti korang suka dia. x caya tanya aku. sebab aku pun pernah rasa benda tu. adalah dahulu kalanya aku pernah benci sorang budak ni sebab dia marah aku. dia tego kat ym dengan ID yang pelik2. and tanya kenal x dia. dan aku reply secara pendek dan malasnya, 'tak'. tiba2 dia marah aku. hahaha pelik.blogspot kan?
and start drpd tu hari2 aku kutuk dia bila nampak dia kat sekolah. nak dijadikan ceritanya, sekolah aku ni dekat ngan shell. and biasa lepas balik sekolah mesti aku kena isi minyak. sampai pakcik bangla tu dah boleh kenal aku . sampai kadang2 dia tanya kenapa semalam x singgah .. sibuk je!
okay, sambung, satu hari ni aku pegi isi minyak. and otw nak g kaunter tu, SIKITTTT lagi aku nak terlanggar motor ni. nasib je motor tu stop cepat. and aku terus lah memandang ke arah motor tu. dalam hati aku, 'macam kenal je mamat ni'. pastu dia senyum and bagi aku jalan dulu. time dia senyum tu baru aku ingat dia lah budak yang aku benci tu. time tu dah malu2 and cair kau tau! comel jugak dia senyum. hahaha *almaklum perempuannnn* hikhik!
dah cair sekali tu, terus sampai sekarang x hilang tau! ha tu la penangan senyuman orang yang aku benci. huehuehue! tapi sekarang saya dah x benci awak. hehe boleh tak awak senyum lagi sekali dekat saya. pleaseee.. hahahhaha mintak pelempang.
awakkkkk... langgar saya lagi sekali. ihik!
by : wanita solehah lindungan kaabah :)
sekarang saya dah kenal awak.. hihi
Thursday, October 6, 2011
Aduhai wafa'
cane nak start eh.. aku ade sorang kawan ni. bukan la maksudnya aku ada sorang je kawan. gila looser kalau begitu. yang aku nak cerita nya pasal kawan aku ni dia selalu meninggal kan question mark kat kepala aku ni. kot-kot lah korang boleh bagi pendapat kenapa..
contoh kat kelas tadi, cikgu suruh dia ajar imran addmath sebab imran tanya cikgu soalan yang sama yang cikgu dah explain kat dia sebelum tu. . dan aku, yang entah mengapa x boleh denga nama imran terus menjerit 'kau jangan ajar dia!'. (haha jahat gila!) tapi still dalam hati harap2 imran x dengar. kalau x nanti dia terasa kesian pulak. (masih berhati perut).
susulan kejadian tu (yg cg suruh aja tu), aku pun tanya lah kawan aku tu.
wafa' : weh. kau benci x kat im?
dia : entah biasa je.
wafa' : tapi haritu kau kata kau x suka dia!
dia : eh yeke? hehe x igt la..
wafa' : kau ni, kau selalu ckp ayt2 yang buat aku jadi benci dia, tapi bila aku tanya kau x benci dia pulak (eh knp ayt aku mcm keling?)
dia : alah aku x mudah terpengaruh lah.
wafa' : sampai hati kau (tiba2 sentap!)
aku memang x boleh kalau kawan aku x turut x suka org yang aku x suka. terok kan? tahuu..
sampai sekarang aku x faham motif dia kutuk2 im depan aku. haishhh
Tuesday, October 4, 2011
PANAS PANAS! zasss....layann...
hye and assalamualaikum :) pernah denga isu ' kalau ade dara kolot' ? ikuti kisah ini :D
macam vavi kan member dia punya member. aku x sangka isu tu memang wujud. astaghfirullah jelah bila dah tahu ade jugak manusia berpemikiran macam tu.
seriously, bila aku dengar kesah dia, aku takut satu benda. aku takut kalau aku diuji satu hari nanti dapat zuriat yang mcmtu. sumpah aku takut gila. aku lebih rela dapat anak sindrome down drpd dapat anak rosak. kan?
bagi aku lah, kalau kau dah x ada dara. means, kau x istimewa. sebab kau bukan lagi mwar berduri. tapi kau mawar layu. (lagi teruk dari bunga taik ayam)!
bagi gadis2 yang masih ade dara tu, ingat, kita adalah mawar berduri yang tersimpan di dalam botol terletak dalam bilik berpagar! ha kau. betapa susahnya lelaki nak dapatkan kita. cantik. nampak lembut. tapi pendinding diri kita sangat teguh. (iman) . fikir-fikirkan lah umat akhir zaman..
Monday, October 3, 2011
JANGAN DENGAR MULUT ORANG..!!
Apa korang akan buat IF orang kata korang tak comel? sedangkan korang memang dah yakin 100% dalam hati yang korang memang comel + cantik + gojes =(wafa')? hahaha..
Langkah pertama yang korang akan buat mestilah korang akan buktikan dekat orang tersebut yang korang cukup kiut mcmwafa'kan? hahahaha lagi!
So... kat sini aku nak bawak bukti yang aku ni memang cukupcomel..
kenapa aku tiba2 nak buktikan kat korang (yg sememangnya dah tahu hal itu. ceh!) adalah kerana. ada sorang hamba ALLAH ini mengata depan2 aku yang gamba aku dalam entry FAMILY OF PROF MADYA DR. MOHD FAUZI tak comel..!! huwaaaa!! sedihh! tapi tak ada lah sedih sangat pon. ceh!ok tipu sbnarnya!
okay.. ni nak tunjuk bukti ni. tapi aku taknak tunjuk muka aku. aku nak tunjuk kat korang muka kembar tak seibu tak sebapa aku. percayalah! muka kami sangatserupa!
![]() |
| sebijik kann? :p |
so, this is the new wafa'.. :)tappi ni masa zaman2 jahiliyah aku tak pakai tudung. sekarang, aku dah berubah. yelahh.. dah jadi calon ustazash pilihan kann.. kau mampuu?
okay , aku harap korang percaya yang akucomel.. huehuehue! And! sedikit kata2 semangat, kalau korang dah yakin yang korang comel. korang peduli je apa orang kata. bersyukur lah. tapi, jangan sampai korang salah guna kan kecantikan yang ALLAH bagi kat korang tu untuk buat maksiat. okay? hihi*terasa mampu jadi juara ustazah pilihan:p
okay guys and babes! hikhik nak ckp tu ja ASSALAMUALAIKUM!
Sunday, October 2, 2011
Family Of Prof Madya Dr. Mohd Fauzi :D
Hari ni gua nak show off la kat lu orang wajah-wajah suci family gua.. kitorang suci sebab kitorang pakai wuduk je.. takdanya pakai simply siti ke apa..
Okay sebagai mukaddimah mesti la gua cite pasal bapak gua. sebab dia la punca gua kat sini. and sebab dia jugak la punca gua ni perempuan. kalau dia takda mesti dunia member2 gua kosong je sebab takde gua.. (ceh!)
nama diberi Mohd Fauzi Bin Mohd Amin.. umur dia gua x tahu. and x pernah amek tahu.(astaghfirullah!) gua cuma tahu hari lahir dia je. tahun lahir tak pernah ingat la pulak nak tanya. beliau orang pahang. hensem sangat sumpah tak tipu. kalah nassar (abi nnt bg duit belanja lebih eh! :p)
Apaa??? tak cayaa??!! hah kau amek ni bukti bapak gua hensem.
![]() | |
| im proud to be you daughter prof! :) |
kemudian mak gua.. nak tau dia lawa ke tak, tengok anak-anak dia.. hikhik.. nama diberi aziah mohd jesan. umur 44.. muda lagi..hehe kerja pensyarah ...ha! kami panggil beliau umi :)
suka gamba ni :) kan?
And now i present you my eldest sister.. Nor Asy-Syifa', yg study medic di egypt. diikuti Fakhitah fauzi, juga medic di egypt. Nor Wafa' (saya) spm candidate, Mohd Abdullah Al-amin pmr candidate dan yang terakhir adik bongsu kami yang mana perangai tak secomel adik bongsu ponn.. hehe Nurul Iman..
| DR to be kaklong..:) |
| DR to be k.ngah :) |
![]() |
| saya :) |
| hamada :) *sori mls rotate* |
| dek man :) |
| Trio.. :) |
| x ada iman ngan abi.*baju tu nampak aku gemok kan? tapi sebenanye tak. haha* |
| raya :) |
| see tak ada iman kan.. huehuehue |
| baru lah muncul. :p |
okbye assalamualaikum :)so .. ini lah family gua. salam taaruf yeh! haha.. korg show off lah pulak family korg. nanti aku baca! :D
Friday, September 23, 2011
Aku Tak Layak Untuk Kau..
*Post ni adalah luahan hati okay.. kau x nak baca, kau balik! (ceh gangster :p)*
'' Aku tak layak la untuk kau... kau baik sangat''
Aku tak suka kau cakap macam tu. sori aku tak ada kekuatan nak bagi tau kau. kenapa kau cakap tak layak sebab aku baik? kenapa kau tak nak ubah jadi orang baik kalau kau rasa aku baik n kau jahat? kenapaaaa...?? tell mee...
Ohh yee.. sebab kau bukan suka aku pun. kau suka budak form 4. kenapa kalau kau tak suka aku, kau layan aku baik gila...sebab kau nak bagi aku berharap kat kau ke? tu ke yang kau nak??
satu perkara aku nak bagi tau kau..
kenapa aku tak reply msg org lain, kenapa aku x layan orang lain adlh sebab aku takut kalau aku layan diorang baik-baik aku akan buat diorang berharap kat aku. aku sangat takutkan benda tu. aku tak nak nanti hati diorang yang sakit. tapi kenapa kau tak terfikir macam tu?
satu hari nanti, kalau aku dah x reply msg kau and x contact kau.. aku nak kau tahu yang aku bukan benci kau. tapi aku tak nak hati aku rosak. tunggu satu yang mustahil. sebab kau kata kau tak layak untuk aku..
HOMAIGOD PERASAAN BONGOK..
benda ni sumpah x de kena mengena dengan sesiapa yang kau pk siapa itu tau! tau2! kau denga x nihhh??!:p
Sunday, August 21, 2011
Aku Punya Besar
kita nak tunjuk kat korang. kita punya.. hihi
ok mula2 kena pejam mata dulu..
![]() |
| haaa ni dia.. saya punya KUCING besar. nama dia mawi.. |
![]() | |
| Haii nama saya mawi .. bontot saya tonggek =P |
![]() | ||
| maaf.. aku dah try carik gmba dia yang senonoh. tapi xde. ni la yang palimg ok. haha. |
| Al-faatihah.. |
| gewamnye titew tenok diew... huwhuw... |
Wednesday, August 17, 2011
MULUT LEBAR :D
sekarang baru lepas tarawih. alhamdulillah dapat juga habiskan tarawih dengan kakak...
tiba-tiba sekarang TERajin pulak nak mengapdet belog mashem ni. selepas dapat semangat daripada cik wirawati negara kita kak eizah tu. hehe jangan marah zah..
tajuk enty takde kena mengena dengan isinya. hehe
ni nak ceghita, tadi kita berbuka laksa je. lapar lagi ni. biasa makan kuih ngan nasi. takpe bersyukur je la.
[notahati] *tiru eizah* :P
kita nak jadi macam rasulullah. walau pun x kan jadi tapi kita nak cuba.
Tuesday, August 16, 2011
Aku Ada.. Kau Adaa??
ha jawab laa.... kau ade ke??? tak kannn..??
ha ni nak bagitawu ni... aku ade banyak kawan. tak terkiraa... kawan baik banyak. kawan jahat pun banyak. tak kesah la dia baik ke jahat. dia tetap kawan aku.
- memiliki hati yang bersih seputih kapas.
- memiliki sifat lemah lembut selembut sutera.
- memiliki akal yang dikurniakan ALLAH sangat cerdik secerdik Albert Einstein
- sentiasa membasahi lidah dengan kata-kata yang suci sesuci hati mereka ..
- sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain
nama-nama kawan wafa' kiut :
Eizah
syarfa'
mina
ayu
ili
ena
wawa
min
nazu cantik :P
am
lipah
dini
atikah (pakwa capak)
asilah (monster)
umu
alifah razi
hannan
mardhiah
dayah
ija
su
bariah
fasyaz
najwa kiut (ghaza)
n many more...... sorry kepada yang x de. penat nak type. walaupun nama korang x de kat sini, tapi nama korang selalu kat dalam otak kita taw. x tipu..
okay kenapa aku sayang sangat kat diorang?
sebabb... dorang baik ngan aku.... dorang semua comel2. percayalahhhh lagi2 nazurah... hehe.. gewam tenok dia.
okay, tu je nak bgtwu. bai nak tido.
TAZKIRAH
Guana pose deme? penuh dop? kalu hok pompuang tu dok penuh ah ye dok? nok buak guane weh.. doh memang kita ade cuti am tiap bulang... hihi
ade kata "ee x boleh puasa? hahah x boleh raya".. " x pelah, baik x boleh puasa sekarang dari x boleh puasa masa sepuluh malam terakhir nanti" .. dan terus mood kawan yang tadi tu down sebab memikirkan kebenaran kata-kata kawan dia yang tadi tu. (kalau x faham tell me bebeh)..
baiklah.. kawan2, ye benar, lazimnya, masa sepuluh malam terakhir tu ramai yang buat qiamullail. membangunkan malam dengan membuat solat hajat, solat taubat, membaca quran dan sebagainya.. tapi mcm mana dengan perempuan yang uzur? kebanyakan mereka fikir kalau uzur masa sepuluh malam terakhir macam satu kerugian yang besar sebab x dapat beribadah.
sebenarnya, qiamullail ni sendiri bermaksud mendirikan malam dengan melakukan ibadah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. ibadah ni luas kawan2. bukan setakat solat je. berzikir, baca quran pun ibadah. jadi bg pempuan2 yang x boleh solat.. anda sebenarnya x perlu risau pun tentang ni. sebab anda still boleh bangun malam. berzikir, bermuhasabah, berdoa kpd ALLAH.. jangan sempitkan perkara yag luas.ALLAH tu MAHA adil. Dia buka ruang kpd semua hambaNya yang nak dekatkan diri denganNya. kecuali bagi mereka yang tak buka ruang hati mereka untuk Allah..
ALLAHUA'LAM... sekadar secebis perkongsian. sori la kalau ade yang silap. tolong tegur diri ini..
peace ^_^
Sunday, July 3, 2011
Buat Mu Insan Yang Digelar Sahabat ..
Aku bersyukur sahabat kerana mempunyai sahabat sepertimu yang mampu mengawal perasaan itu. aku berdoa setiap malam agar perasaan itu tidak menjadi penghalang persahabatan kita. jika dia yang terbaik untuk kau, maka doa ku panjat kan agar dia lah LELAKI itu. tiada niat di hati untuk mengambil dari kau.. itu lah ungkapan ringkas terikhlas yang mampu ku ungkapkan mewakili erti sebenar hati ini yang sebenarnya melebihi berjuta makna..
Tuesday, June 28, 2011
R I N D U (tettttt)
aku rindu korang lah.. (bangga takk) :P
sebelum apa-apa..
segala pujian dirafa'kan kepada NYA yang maha mulia diatas sana dan Alhamdulillah buat selama-lamanya kita meninggikan kesyukuran ke atas Sang Pencipta kerana masih membenarkan hamba-hambaNya kembali menghirup nikmat udara secara percuma..
sudah lama rasanya jejari runcing (nak jugakkk!) ini tidak menekan papan kekunci ini. buat pertama kalinya pada tahun 2011 yang semakin hampir dengan ambang 2020 ini saya terasa ingin mencuci sawang2 dan kotoran di laman ini dengan isian yang lebih bermanfaat dan insyaALLAH berguna kepada sahabat sekalian.
saya, bukan lah orang yang hebat seperti imam 'ulama mahupun seperti ustazah norbahyah (aku tak reti eja, halal lah ye) hatta dato' ustazah masyitah pon bukan! saya hanyalah insan biasa yang meminjam akal dan nyawa daripada sang pencipta di atas sana.. dan dari itu, izinkan hamba ALLAH yang lemah serta hina bina ini untuk meluah kan isi hati nya yang sudah lama terpendam..
HAYATILAHH....
ISLAM BUKAN STATIS
"Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan
RasulNya,
maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya"
Hadis 1:40 Imam An-Nawawi..
"Eh kamu, makin alim nampak,
pakai pakaian menutup aurat dah sekarang,
cakap benda-benda agama,
dulu kamu tak macam ni."
Ya, aku berubah kini
kerana kita manusia,
bernafas dan bergerak,
bukan makhluk statis.
Aku bosan bertakung
sedang dunia lautan bergelora
birunya menyenagkan,
aku pernah terlelap. Kawanku,
mahu aku kejutkan kau?
Ya, aku berubah mulanya
kerana kasih terpaut hatiku,
pada dia Al-Fadhil itu,
aku ingin seiring
lalu kurodok perut ilmu
bukanlah aku hipokrit,
cuma inilah cara tersendiri
Tuhan sampaikan taufik-Nya.
Kawanku, mahu aku tunjukkan kau?
Ya, aku telah berubah
kerana kau pernah nampak
lorong yang terang-benderang,
hujungya sangat gemilang,
ada Allah dan RasulNya,
aku ingin menapak atasnya
biarpun berkaki ayam. Kawanku,
mahukah kau turut serta?


.jpg)











